Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA- Lebih 200 doktor dan pekerja kesihatan berkumpul di Laman Perdana berhampiran Bangunan Perdana Putra di sini hari ini bagi membantah pelaksanaan peraturan yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan.
Difahamkan, mereka mula berhimpun sejak 9.30 pagi tadi dan wakil kumpulan itu dijangka menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung bantahan terbabit.
Tinjauan wartawan mendapati, kesemua peserta perhimpunan memakai baju dan pakaian serba hitam serta masing-masing membawa sepanduk, kain rentang dan plakad.
Beberapa anggota polis turut kelihatan bagi mengawal perhimpunan dan perarakan.
Polis sebelum ini mengesahkan sudah menerima notis pemberitahuan daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhubung rancangan untuk mengadakan perarakan berhubung bantahan itu. – KOSMO! ONLINE
The post Lebih 200 doktor berhimpun bantah pelaksanaan pamer harga ubat appeared first on Kosmo Digital.