Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Warga emas berusia 60 tahun ke atas dilaporkan antara kumpulan berisiko tinggi dijangkiti penyakit tuberkulosis atau tibi di negeri ini.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Pulau Pinang, Dr. Rozaini Mat Shah berkata, golongan terbabit yang terdiri daripada kaum lelaki terutamanya perokok aktif lebih berisiko untuk dijangkiti.
“Kelemahan imuniti tubuh turut menjadi punca individu boleh dijangkiti susulan tabiat merokok yang memberi kesan terhadap fungsi paru-paru dan sistem pernafasan
“Bagaimanapun, pengesanan awal dan rawatan yang dilaksanakan meningkatkan peluang sembuh sepenuhnya,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2025 di Bukit Mertajam di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun penyakit tibi antara lima penyakit berjangkit tertinggi di negeri ini, namun kadar penurunan berjaya dicatatkan menerusi statistik tahun lalu.
“Bagi tahun 2024, sebanyak 1,273 kes pesakit tibi baharu dan berulang telah dilaporkan berbanding 1,303 kes pada tahun 2023 sekali gus mencatatkan penurunan sebanyak 2.3 peratus.
“Selain itu, sebanyak 125 kes kematian dilaporkan tahun lalu berbanding 156 kes pada tahun 2023 mencerminkan impak berterusan intervensi kesihatan awam sungguhpun kita berdepan cabaran besar dalam usaha penghapusan tibi sepenuhnya.
“Justeru, kita akan terus memperkasakan komitmen dan memperkukuhkan dana selain meningkatkan perkhidmatan untuk menghapuskan penyakit tibi,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post Lelaki warga emas kuat merokok risiko dijangkiti tibi appeared first on Kosmo Digital.