Auto Added by WPeMatico

BALING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di kawasan kuari pasir berhampiran Taman Mesra Ria, di sini kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Muhammad Farish Syazwi Mohd Shukri.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya berada di pinggir sungai di kawasan kuari itu untuk memancing kira-kira pukul 4.30 petang sebelum tergelincir dan tenggelam.
“Mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya serta orang awam yang turut melakukan pencarian bersama anggota BBP Baling di di sungai itu,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, antara cabaran yang mereka hadapi adalah kedalaman kuari yang tidak sekata serta berarus deras, selain ada kawasan yang berpusar.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali mengesahkan jasad kanak-kanak itu sudah ditemui. – KOSMO! ONLINE
The post Budak lelaki lemas di kuari pasir appeared first on Kosmo Digital.