Auto Added by WPeMatico

![]()
KUANTAN – Dua buah lori tangki yang dalam proses pemindahan minyak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd. Razam Taja Rahim berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.56 petang mendapati kebakaran melibatkan dua buah lori tangki masing-masing berkapasiti 40,000 liter.
“Kebakaran berlaku ketika proses pemindahan minyak daripada sebuah lori tangki ke sebuah lori tangki pengisi pesawat. Kebakaran turut melibatkan sebahagian dinding bangunan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Razam berkata, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula satu hos sumber air tangki pam jentera bomba.
Kata beliau, operasi dibantu oleh pasukan keluaran operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan pasukan Bomba TUDM yang menggunakan teknik pemadaman buih. – KOSMO! ONLINE
The post Dua lori tangki minyak di Kem TUDM terbakar appeared first on Kosmo Digital.