Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC), Datuk Muhamad Zaki Harun terbuka menerima sebarang kritikan dan teguran daripada penyokong selepas diberi mandat menggalas tanggungjawab menjadi orang nombor satu kelab tersebut.
Muhamad Zaki berkata, setiap pasukan bola sepak tidak akan terlepas daripada menerima kritikan, namun berharap ia dapat membina mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dan kemajuan kepada KRW FC.
“Kami sedar pasukan ini masih baharu dan dalam proses merangkak untuk mencari rentak terbaik. Kritikan yang bernas akan membantu kami memperbaiki kelemahan, tetapi jika ia bersifat semberono hanya akan melemahkan semangat pemain dan barisan kejurulatihan,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, keputusan menggalas tanggungjawab itu dibuat untuk membina sebuah pasukan yang hebat dan dikenali sebagai antara yang terbaik di negeri ini.
“Meskipun saya tidak pernah terlibat dalam arena bola sepak, namun dengan semangat dan cita-cita terhadap bidang bola sepak ini menjadi pemangkin utama untuk saya menyertai pasukan KRW FC.
“Ia lahir daripada keinginan mendalam untuk terlibat dalam sukan bola sepak walaupun pasukan ini masih baharu dan merangkak. Kami percaya gabungan tenaga dan nombor pemain yang ada akan membantu menjadikan KRW FC sebuah pasukan yang hebat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post KRW FC perlu kritikan bernas appeared first on Kosmo Digital.