Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Beberapa kawasan di utara tanah air terus mencatatkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga membabitkan Kota Setar di Kedah dengan suhu maksimum harian tertinggi mencecah 39 darjah Celsius.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hampir keseluruhan daerah di Kedah berada dalam zon kuning (Tahap 1) dengan purata suhu antara 37 hingga 38 darjah Celsius.
Antara kawasan yang terjejas di Kedah termasuklah Pokok Sena, Langkawi, Pendang, Baling, dan Kuala Muda yang masing-masing mencatatkan suhu 38 darjah Celsius.
“Manakala bagi kawasan Padang Terap, Kubang Pasu, Yan, dan Sik, suhu harian dilaporkan berada pada paras 37 darjah Celsius,” lapor MetMalaysia.
Pulau Pinang turut menunjukkan trend peningkatan suhu di Seberang Perai Utara dengan suhu 37 darjah Celsius manakala Timur Laut dan Seberang Perai Selatan masing-masing mencatatkan 36 darjah Celsius.
“Perlis tidak terkecuali apabila kawasan Kangar turut dilaporkan berada pada status berjaga-jaga dengan bacaan suhu setinggi 38 darjah Celsius.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga, mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa merujuk aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Terbakaq’ orang Alor Setar, suhu 39 darjah Celsius appeared first on Kosmo Digital.
