Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Seorang pekerja kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah hampir RM200,000 milik sebuah koperasi antara 2023 hingga 2024.
Tertuduh, Noorazwin Zullkifli, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai kerani (ketika kejadian) di Koperasi Kampung LB Johnson Seremban Berhad telah melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahkan wang berjumlah RM199,491.79 secara dalam talian.
Tertuduh didakwa menggunakan peranti post terminal yang diamanahkan kepadanya melalui akaun Bank Kerjasama Rakyat milik Koperasi Kampung LB Johnson Seremban Berhad ke akaun Bank Kerjasama Rakyat bernombor miliknya.
Kesalahan itu dilakukan antara 2 Februari 2023 hingga 22 Mac 2024 di Medan Koperasi, Kampung LBJ, Pejabat Koperasi Kampung LB Johnson Seremban Berhad, Bandar Enstek, Nilai.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE
The post Pekerja kedai didakwa pecah amanah wang RM200,000 milik koperasi appeared first on Kosmo Digital.