Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Sekumpulan pegawai pendidikan di Surabaya, wilayah Jawa Timur terkejut apabila melihat seekor lembu korban seberat 800 kilogram terjatuh ke dalam kolam ikan, lapor portal berita Radar Surabaya hari ini.
Kejadian berlaku di Pejabat Pendidikan Wilayah Jawa Timur (Dindik) pada awal pagi tadi.
Ketua Dindik, Aris Agung Paewai berkata, lembu itu diikat di pekarangan pejabat bersama enam lagi lembu dan 10 ekor kambing yang akan disembelih untuk ibadah korban.
“Haiwan itu bagaimanapun terlepas dan didapati terjatuh ke dalam kolam ikan sedalam 1.5 meter. Seluruh badannya ditenggelami air.
“Lembu itu berjaya dibawa keluar sekitar pukul 10.18 pagi (waktu tempatan) dengan menggunakan lori kren,” kata Aris.
Lembu itu kemudian diikat semula sebelum disembelih. – AGENSI
The post Lembu 800 kilogram ‘mandi’ kolam sebelum korban appeared first on Kosmo Digital.