Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Orang ramai memilih pulang awal daripada bercuti bagi mengelakkan kesesakan, namun tetap terpaksa menempuh situasi berkenaan disebabkan dua kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK), hari ini.
Menerusi perkongsian siaran langsung di TikTok @Sharoeroy, menunjukkan deretan panjang kenderaan bergerak perlahan disebabkan kemalangan tersebut di KLK menghala ke Tol Gombak.
“Kesesakan jalan bermula dari Bentong sehingga jalan ke Gombak sebab ada dua kereta kemalangan dan satu lori terbalik.
“Siapa yang belum balik lagi, boleh buat persiapan. Saya rasa malam ini atau esok lebih sesak jalan dengan kemalangan lori dan kereta,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bertanya risau atas keadaan kesesakan jalan dan keberadaan pemilik akaun.
“Esok menghala Kuala Lumpur akan lebih sesak jalan, ramai lagi belum balik, cuti 3 hari pula,” kata Azmi.
“Tak adalah sesak jalan sangat, cuma kemalangan. Orang kita pula tak pernah tengok kemalangan,” komen @uciha.tekashidoari
“Tol Bentong sampai ke Genting Sempah sesak jalan, tetapi lepas kemalangan terus pecut,” kata Eykin. – KOSMO! ONLINE
The post Lebuh Raya KL-Karak sesak teruk sebab kemalangan appeared first on Kosmo Digital.