Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – KK Super Mart menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia berbelanja sebanyak 13 kategori barang keperluan asas produk yang tersenarai dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bermula pada 31 Ogos 2025 ini
Menerusi kenyataanya, KK Super Mart menyambut baik inisiatif Kerajaan Madani apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bantuan khas RM100 secara one-off melalui MyKad kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.
Katanya, pasar raya berkenaan merupakan salah satu rakan runcit dalam inisiatif kerajaan yang membuka ruang pilihan kepada rakyat Malaysia untuk berbelanja.
“Mudah, cepat, selesa dan pada bila-bila masa berbelanja di KK Super Mart sudah pasti memberi pilihan positif kepada rakyat untuk mendapatkan 13 kategori barang keperluan asas produk yang tersenarai dalam Program Sara.
“Ini termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut KK Super Mart, bermula dari inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 pada awal Februari lalu, seterusnya diperluaskan bantuan melalui Program Sara, dapat dilihat kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Melalui inisiatif ini, KK Super Mart mempunyai kelebihan dari aspek pengoperasian 24 jam, kepelbagaian dan jumlah SKU produk hampir 6,000 unit dalam setiap premis.
“Selain itu, kepelbagaian perkhidmatan serta mementingkan ciri-ciri keselamatan pelanggan turut menjadi pilihan rakyat sebagai platform untuk berbelanja barang keperluan,” ujarnya.
Menurut KK Super Mart, penerima STR dan Sara akan menerima barang keperluan asas tanpa tunai dengan cara menggunakan sistem MyKasih yang terdapat di syarikat rakan runcit yang terpilih.
“Dengan kelebihan yang ada pada KK Super Mart, maka MyKasih Foundation yang berperanan menyediakan sistem MyKasih ini telah komited untuk menjalin kerjasama dengan KK Super Mart dalam memperluaskan lagi usaha menambah MYkKasih KK Super Mart di lokasi-lokasi baharu lain di seluruh Malaysia.
“KK Super Mart sentiasa komited untuk berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian rakan pelaksana dalam mendukung agenda bantuan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, KK Super Mart mengalu-alukan kedatangan semua penerima bantuan ke cawangan mereka bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah, selesa dan bernilai.
“Kami percaya kerjasama berterusan antara sektor swasta dan kerajaan, kita dapat meringankan beban kos sara hidup serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai barangan dan cawangan yang terlibat dalam Program Sara, sila layari laman web rasmi di www.kksupermart.my atau ikuti platform media sosial rasmi KK Super Mart. – KOSMO! ONLINE
The post Berbelanja 13 barang asas Program Sara di KK Super Mart appeared first on Kosmo Digital.