Auto Added by WPeMatico

KOTA KINABALU – Gara-gara lambat masuk bilik asrama, seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kinarut cedera selepas dipercayai ditendang senior.
Susulan kejadian yang berlaku pada malam 7 September lalu itu, ibu pelajar tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada Khamis lepas, manakala laporan kedua pula dibuar di IPD Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Peguam Nurshalilah Fauzan Mailin yang mewakili ibu mangsa berkata, kejadian dipercayai berunsurkan buli itu berlaku pada pukul 11 malam.
“Mangsa mendakwa ditendang di bahagian perut, ditampar pada pipi selain hidung ditumbuk dipercayai dilakukan pelajar tingkatan empat sehingga mengakibatkan kecederaan.
“Selain itu, pada malam sama mangsa turut diminta ‘menggosok’ pakaian oleh seorang pelajar tingkatan tiga sekolah sama. Anak guam saya membuat laporan polis selepas dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh salah seorang guru,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Kota Kinabalu, hari ini.
Nurshalilah berkata, beliau percaya pihak IPD Papar sedang menjalankan siasatan namun sejak beberapa hari ini seolah-olah terdapat usaha supaya kes tersebut diselesaikan secara baik antara ibu bapa pelajar yang membuli dan anak guamnya.
Tambahnya, kejadian buli akan terus berlaku jika perkara tersebut diselesaikan sebegitu,” katanya.
The post Pelajar tingkatan dua cedera ditendang, ditumbuk senior appeared first on Kosmo Digital.