Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tidak sangka lelaki ‘rawak’ yang disangka orang biasa rupanya seorang pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Woo Bin.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita tempatan selepas adiknya berkongsi semula swafoto lama mereka di media sosial hingga mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna @Enciktoi, dia memuat naik semula swafoto kakaknya dengan pelakon kacak tersebut yang diambil kira-kira setahun lalu ketika penggambaran drama bersiri Genie, Make a Wish dijalankan.
Gambar tersebut yang disertakan kapsyen ‘Kakakku bersama lelaki rawak di Korea’ menarik perhatian ramai yang turut terhibur dengan kenyataan tersebut.
Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan ‘nasib baik’ wanita berkenaan.
“Akak! Kim Woo Bin tu, kak. Saya tengah tengok cerita dia ni,” komen Z.
“Memang selalunya begitu. Orang yang tak tahu menahu atau tak tengok K-drama memang rawak saja jumpa pelakon Korea,” kata Yeon Kimin.
“Beritahu tajuk, dekat Netflix ada tak. Saya nak tolong carikan kakak awak, mana tahu ada terselit dalam drama tu,” komen Yaya Lydiya. – KOSMO! ONLINE
@enciktoi Replying to @YayaLydiya Then, mana kakak saya. dia yg bhgn yg dikaburkan tula kot agaknya. Cuba teka cerita apa ni #foryou #kimwoobin ♬ suara asli – Tonisant – Lane Men’s Shop
The post [VIDEO] ‘Tak sangka lelaki rawak rupanya Kim Woo Bin’ appeared first on Kosmo Digital.
– Lane Men’s Shop