Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Hanya kerana selipar ‘dirembat’ anjing, seorang wanita bertindak memesan nasi goreng pattaya kerang udang selambak extra pedas untuk menghilang stres.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Daily Makan, pesan tersebut telah dibuat menerusi dalam talian ke atas sebuah kedai.
Lebih memilukan, dalam pesanan itu juga, wanita terbabit sempat meluahkan isi hatinya termasuk perangai teman lelakinya yang tidak mengambil kisah terhadap dirinya.
“Boleh tak buat pedas gila-gila, saya stres selipar kena rembat anjing, gas rumah habis, exam (peperiksaan) susah, bf (teman lelaki) saya buat saya macam tidak wujud.
“Saya taknak cederakan diri saya, jadi saya pilih untuk makan pedas. Terima kasih sangat kalau dapat buat pedas gila-gila, maaf susahkan,”tulis wanita pada pesanan makanan itu.
Bagaimanapun, semasa pesanan tiba, pihak penjual nasi goreng terbabit sempat menitipkan kata-kata nasihat buat wanita terbabit.
“Kekal kuat okay, anjing itu tak salah mungkin selipar itu nak putus. Kalau part (bahagian) bf tu mungkin dia seorang lelaki tak guna, ada teman lelaki encem (kacak), ‘greenflag’ yang tengah tunggu.
“Nikmati nasi goreng pedas-pedas awak.Nanti bagi saya ‘rating’ yang ok sikit tau, biar kami pulak tidak stres,”tullis penjual terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan celoteh wanita dan penjual nasi goreng terbabit.
“Bagus akak ni dia lagi sanggup bunuh diri daripada bunuh diri. Semoga akak bertabah,”tulis ramon_addy.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai ash_idah79.
“Sepatutnya pesan nasi goreng cili padi,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE
The post ‘Boleh tak buat pedas-pedas, saya stres’ appeared first on Kosmo Digital.