Auto Added by WPeMatico

![]()
NARATHIWAT, THAILAND – Bekas penjaga gol Kelantan FA yang merupakan suspek kes tembak seorang lelaki di Sungai Golok di sini kelmarin mempunyai dua kerakyatan.
Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek secara bersama melakukan pembunuhan terancang, memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen.
Menurutnya, lelaki yang berusia 31 tahun itu juga didapati membawa senjata api di bandar, kampung dan jalan awam secara haram.
“Hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok dekat sini kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.
“Dua pucuk pistol separa automatik 9 milimeter (mm) jenama Colt dan pistol separa automatik 9mm jenama Desert Eagle yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian tembakan turut dirampas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Prayong memberitahu, suspek juga disyaki melakukan terancang secara bersama-sama dengan seorang lagi suspek yang masih bebas.
Menurutnya, sehubungan itu, gerakan memburu seorang lagi suspek masih dijalankan.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang isteri yang sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki yang dikenalinya di depan rumah mereka di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah Mat Hussin, 35, apabila melihat suaminya, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang merupakan peniaga beg terpakai secara dalam talian sedang memasang kamera televisyen tertutup (CCTV) di kawasan rumah. – KOSMO! ONLINE
The post Suspek kes tembak Sungai Golok ada dua kerakyatan appeared first on Kosmo Digital.