Auto Added by WPeMatico

ALOR GAJAH – Hasrat 45 penduduk Jalan Kereta Api Lama Kampung Pengkalan di sini untuk memiliki tanah sendiri sejak lebih 30 tahun lalu akhirnya tercapai selepas menerima Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Pemohon, R. Palanisamy, 49, berkata, sebelum ini proses permohonan tanah telah dibuat oleh mendiang bapanya sebelum usaha itu diteruskannya bersama abang, R. Bhaskar, 54, dan kakak, R. Sarojini, 61.
Katanya, dia sekeluarga bersama penduduk lain pernah dianggap tinggal di kawasan setinggan hanya kerana tidak memiliki dokumen milikan tanah yang sah.
“Sejak kecil lagi kami sudah tinggal di kawasan itu. Ketiadaan dokumen sokongan membuatkan kami berasa tidak sedap hati sebab sebelum ini kami dianggap seperti setinggan.
“Jadi, saya bersama abang dan kakak telah memohon sebanyak tiga kali kepada kerajaan negeri. Kami tidak menyangka perjuangan untuk memiliki tanah sendiri sejak lebih 30 tahun lalu diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A di sini, hari ini.
Terdahulu, Palanisamy antara 45 penerima Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. – KOSMO! ONLINE
The post Dapat tanah setelah lebih 30 tahun mohon appeared first on Kosmo Digital.