Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Minat terhadap kenderaan terpakai menjadikan seorang pengusaha alat ganti sanggup menglilingi seluruh Semenanjung semata-mata memburu kenderaan lelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut K. Sridaran, 30, dia telah berbelanja lebih RM2 juta untuk membeli lebih 1,000 buah kenderaan yang dilelong jabatan itu sejak 2015 bagi mendapatkan komponen kenderaan untuk dijual semula.
“Mana-mana JPJ negeri buat sesi lelongan, saya sertai. Dah lebih 100 kali ikut lelongan seluruh Semenanjung.
“Harga yang ditawarkan memang berpatutan, sesuai untuk dijadikan alat ganti,” katanya ketika ditemui selepas Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Selangor Siri 3/2025 di Padang Jawa, di sini, hari ini.
Pada sesi kali ini, Sridaran yang juga pemilik tiga gudang kenderaan terpakai di Ipoh, Perak, membelanjakan lebih RM40,000 bagi membeli lebih 40 buah kenderaan termasuk kereta, motosikal dan lori.
Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pihaknya berjaya mengutip hasil RM277,030 hasil jualan 200 kenderaan pada sesi lelongan hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Pemburu’ kenderaan lelong JPJ belanja lebih RM2 juta appeared first on Kosmo Digital.