Auto Added by WPeMatico

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera ditikam bapanya yang dipercayai mengalami gejala kemurungan di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol di sini hari ini.
Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa ketika ini berada keadaan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selepas ditikam pada bahagian perut oleh bapanya yang merupakan seorang guru.
Moyang kepada mangsa, Mohd. Yusof Sulaiman, 77, berkata, dia tiada di rumah semasa kejadian berlaku kerana keluar bersarapan di sebuah kedai kopi.
Menurutnya, dia tinggal di sebelah rumah mangsa terkejut melihat bapa kanak-kanak itu berada seorang diri di atas tangga semasa tiba di rumah.
“Isteri dan lima anaknya juga tiada kerana bermalam di rumah ibu bapa yang terletak hanya 500 meter dari sini. Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga pihak polis datang ke rumah menangkapnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Ahmad berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas melihat mangsa yang berlumuran darah dibawa keluar dari rumah berkenaan.
Menurutnya, mangsa membonceng motosikal yang ditunggang datuknya sambil bersandar pada dada bapa saudara yang bersama-sama menaiki motosikal itu untuk ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan laporan lanjut dalam tindakan pihak polis. – KOSMO! ONLINE
The post Budak darjah empat cedera ditikam bapa kemurungan appeared first on Kosmo Digital.