Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Kemunculan gandingan BASS iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) berjaya mencuri tumpuan ramai hari ini.
Kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, yang mempromosikan buku terbitan keduanya bertajuk Jalan Tegak, mencetuskan keterujaan pengunjung apabila ramai peminat berpusu-pusu untuk bergambar.
Menurut Syed Saddiq, beliau sempat memberi pesanan kepada orang ramai agar membudayakan amalan membaca sepanjang masa dan bukan sahaja ketika pesta buku.
“Saya ingin ingatkan kepada orang ramai, jangan hanya meraikan budaya membaca buku hanya apabila ada acara sebesar ini tetapi amalkannya setiap hari,” katanya ketika ditemui di PBAKL hari ini.
Dalam pada itu, Syed Saddiq sempat ‘mengusik’ selebriti Bella Astillah untuk turut menghasilkan buku sendiri seperti dirinya.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, tidak menolak idea tersebut dan mengakui sudah lama meminati bidang penulisan.
“Sabar ya YB Syed Saddiq, kita tunggu pengakhirannya.
“Saya memang suka menulis, banyak karya peribadi yang saya simpan. InshaAllah, masih dalam perancangan,” katanya sambil tersenyum manis.
Dalam pada itu, antara ratusan yang hadir, hanya seramai 100 orang sahaja yang berpeluang untuk beramah mesra dan mendapatkan tanda tangan di reruai buku terbitan kedua oleh Ahli Parlimen Muar itu yang telah berjaya dijual sebanyak 15,000 naskhah setakat ini. -KOSMO! ONLINE
The post ‘Sabar ya YB Syed Saddiq, kita tunggu pengakhirannya’ appeared first on Kosmo Digital.