Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Fenomena gerhana yang berlaku malam ini mencuri perhatian netizen apabila bulan kelihatan bertukar menjadi warna kemerahan.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, @Verzieyanahjohn di laman Threads, kejadian itu dirakam pada pukul 7.25 malam dan memaparkan imej bulan berwarna merah jingga bersinar di langit gelap.
Menurutnya, pemandangan tersebut disaksikan dari Kudat, Sabah dan menyifatkannya sebagai pemandangan yang sangat indah.
“Pemandangan di Kudat, Sabah. Sangat cantik!”
Seorang pengguna lain, @Girlwhogym meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyaksikan sendiri fenomena tersebut.
Perkongsian itu turut memaparkan imej bulan yang kelihatan kemerahan, sekali gus mencetuskan rasa kagum dalam kalangan netizen.
“Rezeki dapat tengok gerhana bulan. Ya Allah cantiknya, Subhanallah!” Ujarnya.
Seorang pengguna media sosial, @Nur Hafiza, berkongsi keterujaannya di laman Facebook apabila berpeluang menyaksikan sendiri kejadian tersebut buat pertama kali.
“Gerhana bulan pada pukul 7.06 pm. Masya-Allah kali pertama dapat lihat sendiri,” katanya.
Untuk makluman, fenomena ini merupakan satu-satunya gerhana bulan penuh yang berlaku pada tahun 2026. Gerhana bulan penuh seterusnya dijangka berlaku pada 31 Disember 2028.
Gerhana bulan terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan, menyebabkan bayang-bayang bumi meliputi keseluruhan permukaan bulan. Keadaan ini menjadikan bulan kelihatan berwarna kemerahan.
Fenomena kali ini hanya dapat disaksikan di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Sementara itu, di Asia Tengah serta sebahagian besar Amerika Selatan, hanya gerhana bulan separa yang dapat dilihat. – KOSMO! ONLINE
The post Gerhana bulan ‘hiasi’ malam 14 Ramadan appeared first on Kosmo Digital.
