Auto Added by WPeMatico
Mohamad mengadap Speaker, bincang RUU baharu KPKM

![]()
PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul di pejabat beliau bagi membincangkan beberapa urusan perundangan penting menjelang sesi Parlimen 2026.
Dalam pertemuan itu, Mohamad membentangkan taklimat ringkas mengenai rang undang-undang baharu dan pindaan beberapa akta di bawah KPKM yang kini sedang disiapkan.
“Turut dibincangkan ialah keperluan menyelaras proses Parlimen supaya semua urusan pembentangan berjalan lancar dan memenuhi keperluan semasa sektor pertanian,” katanya di media sosial.
Mohamad turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Tan Sri Speaker dalam memastikan proses perundangan negara berada pada tahap terbaik, sekali gus memberi laluan kepada kementerian membawa reformasi penting demi manfaat petani, pesawah, penternak, nelayan dan rakyat.
“KPKM sedang memperkemas kerja akhir sebelum pembentangan dibuat.
“Kita mahu setiap pindaan benar-benar memberi impak kepada sektor agromakanan dan menjamin bekalan makanan negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
The post Mohamad mengadap Speaker, bincang RUU baharu KPKM appeared first on Kosmo Digital.