Auto Added by WPeMatico

![]()
PARIS – Sepasukan doktor di Perancis mengeluarkan sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dari dalam dubur seorang lelaki, lapor akhbar Metro UK.
Penemuan tersebut dibuat apabila lelaki berusia 24 tahun itu datang ke Hospital Rangueil, bandar Toulouse untuk mendapatkan rawatan.
Dia mengadu sakit pada bahagian punggung tanpa memberikan butiran lanjut.
Semasa melakukan pembedahan, pegawai perubatan terkejut apabila mendapati pesakit berkenaan memasukkan bom sepanjang 16 sentimeter (sm) dan 4 sm lebar ke dalam punggungnya.
Penemuan luar biasa itu memaksa mereka memanggil skuad pemusnah bom.
Pasukan bomba memberitahu akhbar Le Parisien bahawa mereka telah mematikan bom itu tersebut.
Lelaki itu bakal berdepan pertuduhan kerana melanggar undang-undang senjata api Perancis. – AGENSI
The post Doktor keluarkan bom dalam punggung lelaki appeared first on Kosmo Digital.