Auto Added by WPeMatico

IPOH – Seramai lima anggota terlibat dalam latihan medan di kawasan hutan berhampiran Sungai Siput mengalami simptom kelesuan haba berikutan cuaca panas berterusan yang melanda negeri Perak sejak Mei lalu.
Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A.Sivanesan berkata, kesemua mereka merupakan peserta Eksesais Keris Strike 2025.
“Menurut laporan awal yang diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar, kejadian berlaku pada 27 Julai 2025, dengan kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 39 tahun.
“Kesemua lima mangsa telah dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Tiada kematian atau kes dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan,” katanya kepada Majlis Perasmian Penyerahan Faedah Insurans Pekerjaan dan Mini Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak, di sini hari ini.
Sivanesan berkata, difahamkan, pada hari kejadian, suhu persekitaran yang tinggi serta aktiviti lasak berterusan menyumbang kepada simptom kelesuan haba dalam kalangan peserta yang telah berada di lokasi latihan selama tiga hari berturut-turut.
Menurutnya, mangsa-mangsa mengalami gejala seperti pening, loya, hampir pitam serta keletihan dan menerima rawatan awal daripada petugas perubatan Rejimen Air Pos (RAP) sebelum dihantar ke unit kecemasan. – KOSMO! ONLINE
The post Lima anggota tentera alami kelesuan haba ketika latihan di Kuala Kangsar appeared first on Kosmo Digital.