Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Pengakuan berani seorang remaja yang ketagihan pil kuda mengejutkan orang ramai.
Melaui video yang dikongsi di TikTok Puspen Kota Bharu, remaja itu mendedahkan bahawa dia sanggup mengambil upah memetik kelapa demi mendapatkan wang untuk membeli bahan terlarang itu.
“Saya petik dua pokok sehari, satu pokok RM30. Dapat RM60, RM10 bagi adik. Baki RM50 beli rokok dan pil kuda,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya pil kuda boleh dibeli dengan harga serendah RM5 sebiji kerana terdapat ramai penjual di kampungnya.
Remaja itu turut mengaku mengambil pil Epam atau Nitrazepam, sejenis ubat penenang yang rasanya pahit namun memberikan kesan luar biasa.
“Epam tu telan terus atau campur dalam air power. Lepas ambil, rasa ganas… rasa berani,” ujarnya lagi.
Tinjauan di ruang komen mendapati ramai pengguna terkejut betapa mudahnya akses kepada bahan terlarang itu.
“Tolonglah banteras jual pil kuda ini. Rosak anak bangsa kita, carilah kerja yang halal,” kata Teh Norma.
“Semoga dipermudahkan urusan adik ini, minta dijauhkan keturunan kita dengan najis dadah. Semoga kita sama-sama caknak anak-beranak kita, sama-sama banteras,” kata Darissa.
“Kecik lagi kerja kuat dan untuk ambil pil, semoga adik ini dapat diselamatkan. Jauh lagi masa depan dia,” kata NSY. – KOSMO! ONLINE
The post Dapat gaji RM60 sehari, RM50 beli pil merah appeared first on Kosmo Digital.