Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menggalakkan anak-anak yang mempunyai kekuatan dan kemahiran Bahasa Arab untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Beliau berkata, STAM adalah peperiksaan yang signifikan dengan keperluan semasa kerana ia melaksanakan kurikulum Maahad Al Buuth Al-Islamiah, Al-Azhar Mesir.
“Menerusinya, KPM berupaya menyusun semula kurikulum ini menjadi lebih menarik dengan pelbagai pendekatan terkini.
“Ketika ini Kementerian Pendidikan telah membuka laluan khas bagi anak-anak STAM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pendidikan Guru,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi media sosial selepas meluangkan masa meneliti buku teks STAM yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini, hari ini.
Fadhlina juga berkesempatan mengimbau kenangan mengenai cabaran ketika menduduki peperiksaan di tingkatan 4 sebagai salah seorang pelajar di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor.
“Sangat mencabar. Konteks yang sama, semua subjek dalam Bahasa Arab. Saya hanya mampu skor subjek Sirah sahaja ( jayyid jiddan), manakala subjek lain hanya kirim salam di angin lalu (tiada rasib, sekitar jayyid dan maqbul sahaja).
“Ketika meneliti kesemua buku teks ini, mata saya terpana kepada buku teks ‘Mutalaah wal Insyak’ dan ‘Muzkirah Al Farq’ yang bagi saya sangat menarik untuk dibaca. Ralit sekejap saya mengulitnya,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE
The post Tradisi keilmuan Islam yang kukuh bermula dengan STAM – Fadhlina appeared first on Kosmo Digital.