Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Kemunculan buaya di Sungai Paya Luboh, Tangga Batu semalam dipercayai berpunca daripada banjir kilat yang menyebabkan reptilia itu tersesat dari habitat asalnya di Sungai Lereh.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata, keadaan paras air sungai yang meningkat memungkinkan buaya tembaga (Crocodylus porosus) itu hanyut sebelum muncul di kawasan tumpuan pemancing.
“Paya Luboh biasanya cetek dan berpasir, memang bukan habitat buaya, keadaan air tinggi akibat banjir kilat dan air pasang menjadi faktor ia bergerak ke kawasan berkenaan.
“Buat masa ini rondaan siang dan malam diteruskan bagi mengesan pergerakan haiwan tersebut selain memastikan keselamatan penduduk,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Petra, walaupun enam anggota Perhilitan digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan, kelibat reptilia berkenaan tidak ditemui.
“Berdasarkan gambar yang dirakam penduduk, buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter itu memang daripada spesies buaya tembaga.
“Sungai itu juga lokasi kanak-kanak mandi dan aktiviti memancing, sebab itu kami ambil langkah berjaga-jaga dengan pemantauan berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Banjir kilat punca buaya sesat ke tempat memancing appeared first on Kosmo Digital.