Auto Added by WPeMatico

BATU PAHAT – Sepasang kekasih ditahan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dikesan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta di tempat letak kereta Taman Universiti, Parit Raja, di sini tengah malam tadi.
Sumber JAINJ dalam kenyataannya berkata, pasangan kekasih masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu berasal dari Perak dan Pulau Pinang, masih bujang serta dipercayai menuntut disebuah universiti awam.
Katanya, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika berada berdua-duaan dalam sebuah kereta dengan enjin kereta dihidupkan serta pendingin hawa terpasang selain berada di tempat sunyi serta cermin gelap.
“Apabila ditahan, pasangan ini merayu kepada penguatkuasa supaya tindakan tidak diambil kerana masih belajar. Mereka turut memberi alasan sedang berbincang mengenai pelajaran yang wanita itu tak berapa faham di kelas siang tadi,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, pihak penguatkuasa sebelum itu mendapat aduan daripada orang ramai berikutan banyak kejadian ‘kereta rosak’ yang enjinnya hidup di tengah malam di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Pelajar ‘kantoi’ khalwat, bagi alasan tuisyen dalam kereta appeared first on Kosmo Digital.