Auto Added by WPeMatico

BACHOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kampung Telong, Kandis dekat sini.
Menurutnya, bantuan segera itu bertujuan untuk menampung kerosakan pusat pengajian pondok berkenaan.
“Bantuan tersebut akan disalur dalam masa beberapa bulan ini. Saya telah berjanji dan berbual dengan guru-guru pondok.
“Jadi, kita akan usahakan. Meskipun pondok ini di bawah kendalian YIK, ia memerlukan perhatian. Saya berjanji akan mengusahakannya,” katanya kepada pemberita selepas Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis di sini hari ini.
Anwar memberitahu, beliau turut mengkaji permohonan bantuan kepada sebanyak 246 sekolah pondok yang daif di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE
The post Bantuan RM2.1 juta kepada pondok Yayasan Islam Kelantan appeared first on Kosmo Digital.