Auto Added by WPeMatico

LIMBANG – Lelaki yang dibaham buaya ketika memancing di sungai Kampung Pandam di sini, semalam dijumpai kira-kira pukul 2.28 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 58 tahun itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba.
“Jasad mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya kira-kira pukul 3.13 petang semalam, ketika sedang memancing di sungai berkenaan.
Menurut saksi, setibanya di lokasi kejadian, hanya barang-barang serta peralatan yang digunakan oleh mangsa sahaja yang dijumpai.
Ketika pencarian sedang dijalankan di hilir sungai, kelihatan seekor buaya timbul seketika dan terdapat jasad manusia berada di mulut buaya tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Jasad sempurna walaupun dibaham buaya appeared first on Kosmo Digital.