Auto Added by WPeMatico

![]()
KEMAMAN – Kebakaran dan letupan akibat kebakaran kanopi jualan dan kabin penyimpanan bunga api di Kampung Gong Limau, Chukai di sini hari ini yang menjadikan lokasi kejadian bagaikan medan perang amat mengemparkan penduduk setempat.
Kebakaran pada pukul 4.15 pagi itu menyebabkan berlakunya letupan dan percikan bunga api yang sangat kuat dan bertalu-talu selama hampir 20 minit.
Seorang penduduk, Abd. Mobin Omar, 62, berkata, percikan letupan bunga api terbabit turut merosakkan pintu pagar rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
“Pada mulanya, ingatkan orang bermain mercun namun sebaik saya membuka pintu rumah, alangkah terkejut percikan bunga api bertalu-talu datang dari gerai berdekatan,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Gong Limau, Chukai di sini hari ini.
Sementara itu, pekerja premis menjual bunga api tersebut, Mohammad Ashraf Mohd. Zulkiflie, 19, berkata, dia dan rakan sekerjanya, Muhammad Izdham Mohd. Sukri, 24, tergamam menyaksikan kebakaran itu tidak sampai 20 minit selepas mereka beredar untuk membeli makanan sahur.
“Kami beredar pada pukul 3.40 pagi untuk beli makanan bersahur di restoran kira-kira 500 meter dari kanopi jualan sebelum letupan dan kebakaran tiba-tiba berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Letupan bunga api Kampung Gong Limau bagaikan medan perang appeared first on Kosmo Digital.
