Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas dirakam meletakkan seekor ular sawa gergasi merentangi kaki lima jalan, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @antaramegapolitan menunjukkan lelaki terbabit memegang ekor ular sawa itu secara santai sebelum meletakkannya di kaki lima.
Dia bukan sahaja menggunakan kedua-dua tangan, malah tidak membawa sebarang peralatan keselamatan.
Lelaki itu berbuat sedemikian untuk menghalang penunggang motosikal daripada melalui laluan tersebut.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Tinggal digilis pakai tayar,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post Lelaki sengaja rentang ular sawa di kaki lima appeared first on Kosmo Digital.