Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Kajian akan membuatkan kita lebih bijak. Kajian juga satu proses mendapatkan keputusan yang lebih baik. Oleh itu, jangan sesekali takut dengan kajian”.
Demikian hantaran terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menerusi laman media sosial rasmi beliau hari ini.
Hantaran itu di muat naik selepas beberapa pemimpin UMNO menyuarakan bantahan keras terhadap cadangan untuk mewujudkan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Semalam, Hannah dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Memetik laporan sebuah portal berita, Hannah berkata, pilihan raya sedemikian dilihat lebih praktikal berbanding memilih ramai ahli majlis bandar raya menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.
Terdahulu, Hannah dalam hantaran sama berkata, pendidikan tinggi mengajar supaya meneliti dan memahami isu serta membuat kajian yang mendalam, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.
Menurut beliau, bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan meyakinkan, maka memerlukan data dan fakta yang tepat.
“Sebab itulah saya sangat menghargai setiap proses pembelajaran bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang saya. Di situlah saya belajar memahami kekuatan dan kelemahan sesuatu polisi.
“Perbandingan ‘pros and cons’ membolehkan kita membuat keputusan dengan cermat, menjimatkan masa dan tenaga kita daripada melakukan kerja yang tidak membawa manfaat serta mengelakkan kesilapan.
“Kebijaksanaan adalah elemen penting sebagai pemimpin yang bertanggungjawab memimpin rakyatnya. Hannah Yeoh
Renungan hari ini sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan 2 Februari 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pilihan raya Datuk Bandar KL: Kenapa takut dengan kajian? – Hannah appeared first on Kosmo Digital.