Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menepis tanggapan segelintir pihak yang mempersoalkan kehadiran seorang wanita yang sering menemaninya dalam beberapa majlis rasmi sejak kebelakangan ini.
Abang Johari dalam satu majlis menjelaskan, wanita berkenaan ialah anak perempuannya, Dayang Norjihan, dan bukannya individu lain seperti yang dispekulasikan sesetengah pihak.
Beliau berkata demikian susulan dakwaan segelintir masyarakat bahawa dia sudah mempunyai isteri baharu selepas pemergian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, yang meninggal dunia bulan Jun lepas.
“Ke mana sahaja pergi ke majlis rasmi, saya meminta anak perempuan membantu dan menemani saya.
“Ada juga saya terdengar orang kata, cepat betul ada pengganti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian jambatan Datuk Amar Juma’ani di Kampung Bintangor, Kuching, Sarawak malam tadi.
Dayang Norjihan, 43, adalah anak kedua Abang Johari bersama isteri dan beliau turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Abang Abdillah Izzarim, 45.
Abang Johari berkata, beliau mula membawa anak perempuannya menemaninya pada satu majlis di Miri beberapa minggu lalu, selepas pemergian isterinya. – KOSMO! ONLINE
The post Premier Sarawak tepis dakwaan sudah berkahwin baharu appeared first on Kosmo Digital.