Auto Added by WPeMatico

ROMPIN – Seorang pekerja ladang cedera selepas tersepit dalam sebuah jentolak jenis JCB yang terbabas ke dalam gaung di sebuah ladang sawit dekat Muadzam Shah, di sini, tengah hari tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari.
“Lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.07 petang.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam, namun pasukan bomba menjalankan operasi menaikkan mangsa dari gaung menggunakan tali dan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan kenderaan ladang untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.36 petang. – KOSMO! ONLINE
The post Pekerja ladang cedera, tersepit JCB jatuh gaung appeared first on Kosmo Digital.