Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah ke atas keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dan menganggap arwah adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa buat negeri ini.
Hajiji yang tiba di kediaman Allahyarham pada pukul 8.56 pagi ini meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk menziarah jenazah selain bertemu dengan keluarga.
Beliau ketika ditemui berkata, Allahyarham Bung Moktar adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sabah terutama sekali di kawasannya.
”Sebagai sahabat lama, kita amat bersimpati dan mengingati beliau dalam keadaan beliau. Baru-baru kita dengar beliau sakit dan sekarang telah meninggal dunia. Jadi saya amat sedih dan menjahirkan rasa simpati dan berdukacita,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi tadi di Hospital Gleneagles dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru serta mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.- KOSMO! ONLINE
The post Bung Moktar banyak jasa buat negeri Sabah – Hajiji appeared first on Kosmo Digital.