Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bertegas kepada semua Ahli-Ahli Parlimen untuk tidak menyebut ‘Pas parti ajaran sesat’ serta ‘kafir’ di dalam Dewan Rakyat.
Beliau berkata, ini kerana terdapat sensitiviti selain perkara tidak baik kesan daripada perkataan itu sekiranya disebut di dalam Dewan Rakyat.
“Isunya begini, jangan lagi sebut ‘Pas parti ajaran sesat’. Walaupun saya tahu dan saya telah dapat video mantan (Perdana Menteri), (Ahli Parlimen) Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pernah sebut dan mantan Langkawi (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pernah sebut.
“Tapi itu di luar, ‘none of my business’ (bukan urusan saya), biar pihak berkuasa lain ambil (tindakan). Tapi saat anda semua berada dalam dewan, jangan… cukup lah. Tak beri manfaat pun dengan bermusuhan, mengatakan ‘Pas parti ajaran sesat’. Ada sensitiviti di situ.
“Jangan panggil ‘kafir’. ‘Kafir-mengkafir’ ini tak elok, anak kita di luar pun pelik kerana perkataan ini kadangkala salah faham, dia jadi membara. Untuk membina sebuah rumah cukup lama, tapi untuk membakar sebuah rumah, amat pantas sekali,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Jangan sebut Pas parti ajaran sesat, kafir dalam Dewan Rakyat’ appeared first on Kosmo Digital.