Auto Added by WPeMatico

![]()
GOMBAK – Kebakaran hutan seluas kira-kira empat hektar di Jalan Utama Bukit Sri Gombak, di sini awal pagi tadi berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba selepas lebih lima jam operasi pemadaman dijalankan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.57 pagi.
“Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah digerakkan ke lokasi dengan kekuatan 10 anggota termasuk bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Gombak.
“Setibanya jentera di lokasi pada pukul 2.16 pagi, didapati berlaku kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas kira-kira empat hektar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran air dari pam jentera serta dua pancutan nozzle sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3 pagi.
“Kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi sisa bara dilakukan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.12 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lima jam padam kebakaran hutan Bukit Sri Gombak appeared first on Kosmo Digital.