Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Sistem pendidikan sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan diselaraskan dengan dasar baharu pendidikan kebangsaan susulan pelaksanaan Tahun Satu bermula pada usia enam tahun tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tempoh setahun akan digunakan untuk memastikan pelarasan berjalan lancar bagi mengelak kekeliruan dan pertindihan sistem.
Kita tidak mahu wujud dua atau tiga sistem berbeza dalam satu negara. Jadi, penyelarasan dengan Kementerian Pendidikan perlu supaya tiada kesan negatif kepada pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Voluntary Local Review (VLR) Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.
Menurut beliau, antara cabaran utama adalah memastikan tenaga pengajar cukup dan berkelayakan dengan perlu mengikuti kursus khas bagi memenuhi syarat mengajar murid Tahun Satu bermula usia enam tahun. – KOSMO! ONLINE
The post Sekolah agama Selangor diselaraskan ikut darjah 1 umur 6 tahun appeared first on Kosmo Digital.