Auto Added by WPeMatico

KLANG – Tindakan sebuah kedai akuarium menjual dan mempamerkan ikan larangan termasuk piranha mengundang padah apabila digempur Jabatan Perikanan di sekitar daerah ini, semalam.
Serbuan itu membawa kepada rampasan pelbagai spesies ikan dengan nilai sitaan berjumlah RM18,000.
Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan pihaknya susulan aduan yang diterima daripada orang awam.
Tegasnya, masih ada pengusaha yang degil menjual dan mempamerkan spesies ikan hiasan larangan biarpun pelbagai hebahan dan amaran telah dibuat.
“Pemeriksaan mendapati pemilik premis yang diserbu menjual, memelihara, menyimpan dan mempamer famili, genus atau spesies ikan hidup.
“Ia secara jelas melanggari Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import Bagi Ikan) (Pindaan 2024),” katanya hari ini.
Beliau memaklumkan, spesies ikan yang dirampas antaranya melibatkan tiga ekor piranha, baung Amazon (15) dan Flower Horn (10). Turut dirampas, seekor Alligator Gar, Silver Dollar (45), Tiger Shovelnose Catfish (16) dan Leopard Catfish (12). – KOSMO! ONLINE
The post Padah pamer, jual ikan piranha appeared first on Kosmo Digital.