Auto Added by WPeMatico

BERGAMO – Pemain sayap dari Nigeria, Ademola Lookman ‘menyerang’ kelabnya sendiri apabila menuduh Atalanta tidak menepati janji yang pernah dibuat kepadanya.
Pemain berusia 27 tahun itu mendapat perhatian daripada Inter Milan dan mendakwa dia sudah pun mendapat persetujuan dengan pihak kelab untuk melepaskkan khidmatnya jika memperoleh tawaran yang sepadan.
Bagaimanapun, pemain kelahiran England itu mendakwa Atalanta mungkir janji walaupun sudah mendapat tawaran sepadan mengikut apa yang pernah dibincangkan antaranya dan pihak kelab.
“Apa yang saya rasa, saya tidak ada pilihan lain kecuali bercakap apa yang saya rasa betul. Saya boleh sahkan saya sekarang sudah membuat permohonan rasmi untuk berpindah,” katanya.
Lookman juga mendakwa kelab Itali itu menyekat peluangnya untuk mencari ‘angin baharu’ dan berhijrah ke kelab lain atas alasan yang sukar untuk difahami dan seakan tidak kukuh.
Untuk rekod, Lookman mula mencuri perhatian ketika berjaya menjaringkan hatrik pertamanya untuk memacu Atalanta menang 3-0 ke atas Bayer Leverkusen di pentas akhir Liga Europa 2024.
Sejak menyertai Atalanta dari RB Leipzig pada 2022, Lookman sudah pun memainkan peranan besar buat kelab, merekodkan 52 gol dalam 117 penampilan. – AGENSI
The post Lookman lancar ‘perang’ berdepan kelab sendiri appeared first on Kosmo Digital.