Auto Added by WPeMatico

KLUANG – Seorang lelaki berstatus suami beranak dua ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita juga berstatus isteri orang di sebuah rumah di bandar ini, malam tadi.
Tindakan lelaki itu yang sanggup memanjat siling serta menahan kepanasan untuk mengelak dicekup pegawai dan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj), bagaimana pun sia-sia apabila tempat selepas menemui tangga serta siling dalam keadaan terbuka, pukul 11 malam.
Dalam operasi itu, Penguat Kuasa Jainj membuat pemeriksaan di rumah wanita berusia 30-an susulan aduan orang ramai berhubung perbuatan pasangan itu sejak kebelakangan ini.
Menurut Jainj, pihaknya bersama anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mengetuk pintu hampir 45 minit namun penghuni enggan memberi kerjasama.
Katanya, sebaik pintu dibuka, seorang wanita keluar memberitahu tiada sesiapun di dalam rumah dan dia hanya tinggal berseorangan.
“Penguatkuasa menggeledah kesemua bilik, ruang tamu, dapur dan tandas tetapi tiada individu lain ditemui. Namun, penguatkuasa tidak berputus asa sebaliknya meneruskan usaha memeriksa rumah terbabit.
“Ketika itu, wanita terbabit tidak senang duduk dan gelisah seolah-olah ada sesuatu cuba disembunyikan. Bagaimanapun, penguatkuasa menemukan tangga serta siling terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini
Katanya lagi, salah seorang anggota penguatkuasa memanjat siling dan menemui lelaki berpakaian kemeja T putih dan berseluar hitam sedang menyorok lalu memintanya segera turun.-KOSMO! ONLINE
The post Sembunyi atas siling elak dicekup berkhalwat dengan bini orang appeared first on Kosmo Digital.