Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sebanyak tiga kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200, setakat pukul 10 pagi, hari ini.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaannya 159.
Manakala, kawasan di Selangor yang dilanda Jerebu adalah Johan Setia dengan bacaan semasa 155 dan Banting turut mengalami keadaan sama iaitu 151 bacaan setakat ini.
Sementara itu, 45 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.
Antara kawasan yang berada di tahap ini adalah Cheras, Kuala Lumpur (94), Segamat, Johor (77), Kangar, Perlis (63) dan Taiping, Perak (71).
Data sama turut menunjukkan hanya lima kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik iaitu masing-masing di Sabah dan Sarawak.
Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Sibu (48), Samarahan (42) dan Sri Aman (37) manakala Sabah adalah Tawau (48) dan Kimanis (45). – KOSMO! ONLINE
The post Nilai, 2 lokasi di Selangor catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Digital.