Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Gambar yang tular di media sosial Facebook menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebenarnya berlaku pada 2016.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi hari ini telah terkesan penularan gambar bendera Malaysia terbalik di Facebook oleh indivisu tidak bertanggungjawab.
“Kejadian pemasangan bendera terbalik berlaku pada tahun 2016 semasa sambutan Hari Polis Ke-209. Penukaran gambar bendera Malaysia terbalik di IPD Seremban telah tular semula pada 2019 untuk kali pertama dan kali ini telah terkesan penularan kali kedua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai adalah dinasihatkan tidak menularkan semula insiden yang telah berlaku itu bagi mengelak persepsi tidak baik dan boleh menimbulkan keraguan kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE
The post Bendera terbalik di IPD Seremban kes 2016 appeared first on Kosmo Digital.