Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik dan menghargai inisiatif kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, antaranya Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) kepada penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi.
Ujar beliau, ia selari dengan aspirasi KPT untuk memperkukuh kualiti modal insan negara melalui pelbagai program pembangunan akademik, latihan kemahiran, penyelidikan, serta pembudayaan ilmu yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi.
“Inisiatif ini secara langsung akan melahirkan lebih ramai penjawat awam yang berkualiti, berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai integriti dan profesionalisme yang teguh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Anwar mengumumkan HPA berbentuk insentif kewangan kepada penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi diiktiraf semasa dalam perkhidmatan serta menggunakan perbelanjaan sendiri.
Insentif kewangan yang diumumkan itu adalah kepada pegawai awam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
Anwar mengumumkan perkara tersebut pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) – KOSMO! ONLINE
The post Inisiatif HPA pertingkat kualiti penjawat awam – Zambry appeared first on Kosmo Digital.