Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan teknologi baharu sebagai pemacu kemajuan negara mesti dilaksanakan seiring usaha memperkukuh jati diri bangsa, mengangkat sejarah serta memelihara warisan budaya tempatan.
Menurut Anwar, pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Seri Negara, selain pelaksanaan Projek Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL), mencerminkan iltizam Kerajaan Madani untuk menghidupkan semula aset warisan negara sebagai pemangkin ekonomi, pemerkasaan komuniti dan pembinaan identiti kota.
“Inisiatif ini bukan sekadar usaha fizikal memelihara tinggalan sejarah atau gebang kosong, sebaliknya sebahagian daripada visi besar membentuk sebuah bandar raya yang bersih, maju, mesra alam dan berjiwa,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Terdahulu, Anwar telah merasmikan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, sebuah monumen bersejarah yang menyaksikan pelbagai nukilan penting dalam perjalanan panjang pembentukan negara bangsa.
Beliau terut menegaskan, kerajaan akan terus memastikan pembangunan bandar tidak melahirkan kota yang ‘gersang budaya’, sebaliknya berkembang sebagai persekitaran yang lestari dan hijau, berpaksikan nilai kemanusiaan demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan seimbang antara kemajuan dan pemeliharaan warisan adalah asas penting dalam membina identiti bandar raya yang berdaya saing tanpa mengorbankan nilai sejarah dan budaya tempatan.-KOSMO! ONLINE.
The post Pemuliharaan Seri Negara bukti iltizam kerajaan perkukuh jati diri bangsa appeared first on Kosmo Digital.