Auto Added by WPeMatico

![]()
NARATHIWAT (THAILAND) – Polis tidak menolak kemungkinan dendam dan hutang lama dipercayai menjadi motif seorang warganegara Malaysia ditembak sebanyak 18 das sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Sungai Golok, dekat sini, Sabtu lalu.
Jurucakap polis bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dijalankan selepas suspek utama dalam kejadian itu berjaya diberkas semalam.
“Kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut siasatan. Siapa yang hutang siapa masih dalam siasatan. Tetapi kes ini ada kaitan dengan hutang. “Suspek ditahan reman 80 hari untuk membantu siasatan. Dia kini masih ditahan di Balai Polis Sungai Golok sebelum dihantar ke Penjara Pusat Narathiwat untuk tahanan reman,” katanya.
Menurut sumber, beberapa saksi kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.
Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan terdapat dua suspek dalam kes itu, jurucakap polis berkata, perkara itu masih disiasat.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan FA pada 2019 yang merupakan suspek utama kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang rakyat Malaysia sehingga maut di Sungai Golok-KOSMO! ONLINE
The post Mangsa, suspek bertengkar kerana hutang sebelum berlaku tembakan appeared first on Kosmo Digital.