Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Orang ramai yang menawarkan khidmat menukar duit raya di bank diminta berhati-hati supaya upah yang diperolehi itu tidak haram.
Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, upah yang diperolehi daripada khidmat tersebut menjadi haram apabila ia caj terus ke atas amaun yang ditukar pelanggan.
“Contoh nak tukar duit bank RM1 hok baru nak bubuh dalam sampul raya. Tukar RM100, upah RM3, jadi (pelanggan) dapat RM97, haram dilaknat.
“Bukan tak boleh tukar, tapi tak boleh potong. Kalau tukar RM100 kena bui (bagi) amaun RM100 juga. Begitu juga orang jual kedai, kalau ada orang tukar syiling RM100, kita (peniaga) potong RM3, tidak boleh, haram makan riba ,”katanya dalam satu sesi kuliah baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, bagi memastikan perkara itu tidak menjadi riba dan haram perbuatannya, upah menggunakan khidmat tukar duit itu perlu mengasingkan upah.
“Upah kena letak suku (asing), baru hukumnya harus. tak boleh tukar RM100 potong bui RM97 (potong upah atas amaun ditukar).
“Lain kali tanya dulu kalau tukar RM100, berapa upah, kalau RM2 kita beri RM2 upah (asing),” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Haram tukar duit raya RM100, dapat RM97 potong upah – UAI appeared first on Kosmo Digital.
