Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Pengguna media sosial teruja apabila terpesona dengan kecantikan binaan dan penampilan baharu bangunan Hospital Seberang Jaya.
Menerusi hantaran di Thread, pengguna meluahkan rasa kagum dengan wajah baharu hospital tersebut.
Dalam hantaran itu turut disertakan beberapa keping gambar memaparkan keadaan dan penampilan Hospital Seberang Jaya yang berwajah baharu.
“Nampak mewah bangunan baharu Hospital Seberang Jaya. Rasa macam golongan T20 masuk hospital swasta pula. Bangunan ini untuk pesakit apa ya? Antara hospital yang pernah singgah, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Seberang Jaya saja makanan sedap. Sultanah Bahiyah macam-macam ada,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tinjuan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut kagum dengan perubahan baharu keadaan hospital.
“Serius lah sudah naik taraf baharu Hospital Seberang Jaya? Kalau dulu sesak teruk,” kata Rosehansie.
“Kalau tak baca tulisan atas tu, ingatkan mall (pusat membeli-belah). Cantik betul,” kata Aisyah.
“Anak saya terapi OT (Terapi Carakerja) di sini, memang mantap. Fasiliti baharu, tempat pun cantik. Cuma tempat letak kereta agak susah,” kata Nia. – KOSMO! ONLINE
The post Hospital Seberang Jaya menawan, disangka hospital swasta appeared first on Kosmo Digital.