Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Mayat wanita yang mati dipercayai akibat dikelar suaminya dalam kejadian di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Johor semalam dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
Difahamkan jenazah tiba di Jabatan Forensik Hospital Melaka kira-kira pukul 3 petang semalam.
Tinjauan pemberita di pekarangan hospital bagaimanapun mendapati ruang menunggu masih lengang tanpa kehadiran mana-mana individu.
Difahamkan proses bedah siasat dijalankan bermula pukul 9 pagi tadi dan dijangka selesai tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Suami kelar isteri: Jenazah dibawa ke Hospital Melaka appeared first on Kosmo Digital.