Auto Added by WPeMatico

BARCELONA – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner sekali lagi menegaskan komitmennya terhadap pasukan itu selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Ferrari susulan terdapat laporan yang mendakwa dia telah didekati oleh Ferrari.
Meskipun tidak menafikan secara langsung, Horner menolak andaian beliau akan meninggalkan Red Bull dan menyatakan kesetiaannya adalah 100 peratus terhadap pasukan yang telah dibimbingnya sejak 2005.
“Sudah tentu satu penghormatan bila dikaitkan dengan pasukan lain, tapi komitmen saya 100 peratus bersama Red Bull.
“Ia memang sentiasa begitu dan akan kekal begitu untuk jangka panjang. Dalam F1, spekulasi itu perkara biasa, siapa ke mana, siapa keluar. Tapi semua orang dalam pasukan tahu keadaan sebenar,” katanya dalam sidang media Grand Prix Sepanyol.
Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Ferrari berminat mendapatkan khidmat Horner, namun jurucakap pasukan itu ketika diminta mengulas hanya menyifatkan laporan tersebut sebagai ‘fantasi’.
Difahamkan, Ferrari sedang menilai semula kedudukan Fred Vasseur sebagai ketua pasukan susulan prestasi hambar musim ini yang menyaksikan mereka jauh ketinggalan berbanding McLaren dan Red Bull dalam perebutan kejuaraan.
Setakat ini, hanya Charles Leclerc berjaya meraih dua podium, manakala rakan sepasukannya masih buntu mencari kemenangan pertama bagi musim 2025.- AGENSI
The post F1: Horner tolak tawaran sertai pasukan gergasi appeared first on Kosmo Digital.