Auto Added by WPeMatico

KEHADIRAN pemain warisan wajar disambut dengan hati terbuka oleh semua pihak yang perlu mengelak daripada mencetuskan perdebatan sia-sia hingga memberikan imej tidak baik kepada negara.
Bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Liga Super, Azmeer Yusof menyeru semua pihak ‘berdamai dengan takdir’ dan kekal dengan objektif sama iaitu mahu melihat peningkatan prestasi Harimau Malaya.
“Jom kita berdamai sahaja dengan takdir. Yang bersetuju kita panggil ‘orang putih’ main untuk Malaysia kita raikan, yang tidak bersetuju pun kita raikan juga. Pendapat masing-masing, kita raikan sahaja bersama,” katanya.
Ketika ini beberapa Harimau Malaya diperkuatkan beberapa lagi pemain warisanbaharu iaiu Facundo Garces, Gabriel Palmero, Jon Irazabal, Hector Hevel, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado.
Bagaimanapun, Azmeer yang pernah menjulang Piala Malaysia dan Piala FA bersama Kedah mengakui kematangan dan cara bertindak ketika atas padang menjadi jurang pemisah antara pemain warisan dan tempatan.
“Mereka sama macam kita, (ada) dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, satu lidah. Tetapi, tidak sama tentang saiz mereka dengan kita dan ini kita kena akui.
“Yang membezakan kita dengan mereka ialah cara kita berfikir, cara kita bertindak dan cara kita buat keputusan. Mereka berfikir tiga empat langkah ke hadapan, sebelum mereka terima bola di kaki mereka sudah berfikir apa yang hendak dibuat,” katanya.
The post ‘Berdamai sahaja dengan takdir’ appeared first on Kosmo Digital.